alhamdulillah wa syukrun lillah....hari ni selesai dua majlis besar bagi kami di Iskandariah iaitu majlis transisi kepimpinan PERUBATAN cawangan Iskandariah dan juga majlis sambutan raja sehari bagi meraikan beberapa senior, junior dan rakan se-batch kami (mardhatinajwa) yang baru saja membina sebuah masjid yang insyaAllah, akan sentiasa di dalam redha Allah.
al-kisah transisi...
alhamdulillah berjalan lancar wlwpun kehadiran ahli agak kurang. mungkin ada kekangan masing2 untuk hadir bersama pada hari ini, maklumlah hari ni hari jumaat, satu2 nya hari cuti yang kami ada. maka kebiasaannya masing2 penuh dengan aktiviti peribadi. harapnya, manfaat aktiviti kalian itu berbaloi dgn ketidakhadiran ke majlis meraikan pemimpin kita ni. harapnya lah...
amat tertarik dgn sesi muhasabah tatkala barisa
n mantan MT PCI menekankan perihal 'memberi'. ya, memberi itu sangat indah. memberi itu nikmat. saya pernah menulis mengenai 'memberi' di dalam satu entry sebelum ini.
yuk study gambar di atas. key point :
- ada 4 kotak di atas. ~ kelahiran,kematian, syurga, neraka.
- garisan yang menghubungkan kelahiran dan kematian adalah lebih pendek berbanding garisan antara kematian dan syurga@neraka.
yang bulat2 itu adalah hamba Allah yang berada di luar garisan yang menghubungkan kelahiran dan kematian.
ok, kenapa saya lukiskan garisan 'kelahiran-kematian' lebih pendek? sebab, hakikatnya hidup kita memang pendek. cuma persinggahan. cuma pentas persembahan. apa nasib selepas persembahan? kena boo atau dapat anugerah? semuanya bergantung kepada 'persembahan' kita di pentas itu. baik persembahannya, maka hamba itu berhak utk mendapat anugerah.
pentas itu adalah kehidupan dunia. persembahan pula ada
lah perlakuan hamba tersebut. amalannya, dosanya....hatta sekecil-kecil perkara pun, Allah perhatikan. markah dicatit. jadi, apa lagi yang nak di dalihkan di hadapanNya nanti?
saya lukiskan bulatan2 di luar garisan 'kelahiran-kematian' yang mewakili hamba2 Allah yang terkeluar dari garisan tu. tugas kita ialah hulurkan tangan untuk bantu mereka naik dan berjalan sekali lagi di atas garisan yang sama, BERSAMA-SAMA. mereka di kir
i dan kanan kita. jadi, khalifah Allah sekalian perlu cekap. andai kata kurang cekap, hari demi hari..semakin lama, 'bulatan2' itu akan makin bergolek menjauhi garisan panduan tu.
haa...lagi satu, arah perjalan untuk ke syurga atau neraka itu amat berbeza.
Firman Allah:
"Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia." [Hud : 105]
Firman Allah lagi :
"Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka." [Asy-Syura : 7]
tapi, semuanya terletak pada diri kita. Allah kurniakan akal untuk berfikir. kalau tak pakai akal tu, manusia ni ibarat haiwan, bahkan lebih sesat lagi.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan
mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.
sebenarnya, saya dah rasa ayat saya semakin keling. dah belit2 da rasa ayat ni. ni la...khalifatullah kurang cekap dgn ilmunya. tatabahasa BM memang kureng sikit. ilmu lain apatah lagi....ma3lisy...=(
jadi, berseru sepertimana barisan MT menyeru kalian ahli2 PCI, cubalah hidup untuk memberi.
nak rasa betul ke tidak 'memberi' itu nikmat, cuba buat dan yang penting ikhlas mesti mau jaga naa...kerana biarlah kita memberi hanya keranaNya.
buat pemerintahan baru PCI, selamat menjalankan tugas dengan jayanya. sesungguhnya Allah sahaja lah yang tahu apa cabaran yang kalian lalui, apa yang ada di hati antum semua. hanya Allah saja yang tahu. semoga mendapat kekuatan daripadaNya, amiin.
dan tahniah juga kepada ahli proaktif especially aain dan oggy sebagai wakil tahun 4, semoga kalian tak jemu untuk memberi dan terus memberi lagi selepas ini.=)
***
selepas majlis transisi, majlis keraian raja sehari pula membuka tirainya. saya datang lambat. jadi, sempat dengar 2 soalan saja. tapi, kehadiran ahli untuk majlis keraian ni memang mengalahkan majlis transisi tadi. jauh lebih ramai. saya harap, tahun depan bila MTC datang, ramai2 lah ahli turun ya.
al-kisah keraian....
tertarik pada video yang ditayangkan. cinta selepas nikah, itu yang terindah. "akak dah rasa, jadi akak nak adik2 rasa jugak.." kata Ustazah Fatimah Syarha. video yang insyaAllah memikat hati2 insan yang Allah sedang buka hatinya. tapi, kalau Allah tak buka pintu hatinya....maka sedikit pun tidak terasa di hati hamba Allah itu, haramnya mereka ber'couple'.
semasa menaiki teksi dalam perjalanan pulang ke rumah tadi, ternampak sepasang kumbang dan bunga Malaysia berpimpin tangan. gaya pakaiannya seperti baru pulang dr majlis itu juga. si bunga masih berbaju kebaya.
adik, tolong dik. Allah ada...~ ya Allah, bukakan lah hati hamba-hambaMu yang leka...termasuk hatiku.
2 comments:
aslmkm! :P
bak kata pgasa blog saifulislam
'erti hidup pd mmberi'
hee~
eh..
akk jmpa fatimah syarha kah?? ^_^
wslm wbt..heee...xdelah, tgk video je. search la,'nikmat cinta selepas nikah'..bnyk input.
lma xdgr crita awk. blog pun xupdate
Post a Comment