halwa telinga

Thursday, August 4, 2011

kaf.ba.ra.ka.ta.nun.

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah. semalam akhirnya tamat sudah exam paper paediatrics. alhamdulillah, wa syukrun lillah kerana Allah swt memberikan hati yang tenang selepas jawab exam. tiada perasaan resah atau gelisah walaupun saya tahu ada jawapan yang salah. Alhamdulillah=)

memandangkan saya adalah pelajar bernombor ke-2 terakhir dalam senarai nama batch (151/152) , kedudukan semasa exam selalu nya di tempat paling atas. daripada tahun 1 hingga sekarang, sentiasa di puncak dewan. makanya, saya boleh nampak apa sahaja yang berlaku di bawah ni. pen jatuh, angkat tangan nak tanya soalan kpd doktor, bangun nak pergi toilet, dan tak kurang juga aktiviti 'ta-ya-ro-wau' = TIRU.

daripada tahun satu lagi saya nampak aktiviti ni. hanya melihat. LEMAHNYA IMAN. hanya sekadar membenci di dalam hati. dan saya bukan saja nampak, malah mendengar sekali perbincangan segelintir daripada mereka semasa menjawab exam. kalau bincang sebelum dapat kertas soalan, itu lain lah ceritanya. tapi, yang saya maksudkan ini adalah semasa proses menjawab soalan.

T.T

kadang2, terfikir juga saya yang melihat selama 4 tahun ini dikira bersubahat juga kah? sebab tak pernah nak menegur.

"Dan ingatlah pada hari ketika musuh2 Allah digiring ke neraka lalu mereka dipisah-pisahkan. (19). Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka lakukan (20). Dan mereka berkata kepada kulit merek, "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" (kulit) mereka menjawab, " Yang menjadikan kami dapat berbicara adalah Allah swt yang juga menjadikan segala sesuatu dapat berbicara, dan Dialah yang menciptakan kamu yang pertama kali dan hanya kepada-Nya kamu dikembalikan" (21). Dan kamu tidak dapat bersembunyi dari kesaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu bahkan kamu mengira Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu lakukan. (22) Dan itulah dugaanmu yang telah kamu sangkakakn terhadap Tuhanmu, dugaan itu telah membinasakan kamu, sehingga jadilah kamu termasuk orang yang rugi (23)." ~ surah Fussilat ayat 19-23.


kalau pengawas tak nampak pun, Allah swt nampak.

apa yang paling kita nak dalam menuntut ilmu pastinya keberkatan. macam kata 'mak si muhamad adiff' dalam Dunia Baru "kaf.ba.ra. katan ya Muhamad Adiff ".

apa tanda ilmu yang kita dapat itu berkat? jawapannya, kita INGAT apa yang kita belajar (teringat tazkirah Oggy hari tu ^^).

kejayaan yang diperoleh sehingga ke hari ini mungkin satu nikmat, anugerah atau juga suatu ujian kepada hambaNya. jangan sampai suatu masa nanti, Allah menarik nikmat2 itu dari arah yang kita tidak sedari.

terasa juga malas untuk menulis mengenai meniru dalam exam ni, sebab semua dah besar. dah tahun 4 dah pun! 22 tahun. secara logiknya, dah boleh fikir mana yang betul, dan mana yang salah. tapi, peringatan itu kan bermanfaat untuk orang Mukmin.=). jadi, ini untuk kita sama2 berpesan-pesan.

kata sahabat saya , "husnuzhon". depa tengah sembang benda lain kot. hehe. apa2 aje lah. yang penting, Allah swt Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu.


apa2 pun, ma'assalamah Paediatrics Part I. kita berjumpa di part II pula di semester depan. by the way, tak pernah dengar lagi antara sahabat tahun 4 ni yang nak jadi Paediatrician (pakar kanak-kanak).

beliau di bawah ini, kenal kan?



Dr.Abdul Aziz Rantissi. sebelum ni, saya hanya tahu yang beliau merupakan bekas doktor keluaran universiti Iskandariah, doktor yang bertugas di hospital universiti dan tak pernah tahu bahawa beliau adalah PAEDIATRICIAN di hospital Shatby,Iskandariah.

*terbayang-bayang, mesti beliau seorang yang penyayang,kan? macam doktor2 yang ajar kita =) ..tak hairan lah, beliau seorang pejuang agama. Mujahid agama. kerana beliau SAYANGkan Islam! sayangkan umat Islam. dan syahid telah menjadi miliknya.

kita?


next : Tropical Medicine. setiap kali baca pasal cacing2 ni, rasa geli. memang tak boleh tengok benda lembik-melentok-riuk nih. padahal baca je pun, tapi bila terbayang rupa cacing2 tu......-_-.

**robbuna yusahhil semua. doakan kejayaan bersama. 2 subjek lagi. caiyyok2!

3 comments:

nhanunmr said...

Allah..Allah.rase getar hati lagi2 tgk dan tau 'insan hebat yg sy sanjung' tu paediatrician jugak. selalunya bila sy rse xde semangat,buka aje youtube..tgk mcmane pjuangan dr rantissi. video same je pn tpi nilai tnggi!.

ps/..lagu puasa raihan eh?teringin nk suruh anak2 buah sy dgr.aqi mesti suke..rindu T____T

faha mieza said...

Jzkk ats peringatan ini syimah...

p/s - ye ke syimah xprnh dgr sahabat2 kita nk jd paediatrician??

kalo cmtu sy agkt tgn la (bygkan sy agkt tgn bl de org tnya, sape nk jd paediatrician)...

InsyaALLAH, itu plhn pertama sy stkt ni :)

tuan rumah said...

hanun > sy pun baru tahu dr.abdul aziz rantissi ni paediatrician msa google nk cri muslim paediatrician. video gapo ni...nk tgk jgk. *tetiba rsa nk tau lbih pasal dr. rantissi=).

~duk bayangkan anok2 mokteh tu duk nyanyi lgu ni. hihi.

fatin > aah, sy x pnah dgr. msti nk jd OnGist, emergency,neurosurgeon pun ade...paediatrician ni sy xjmpa plak. then, fatin rupanya...hehe. sesuai dah, loving...caring...sesuai2 ^^. and nnt Dr.fatin Hamiza ni msti bnyk crita tuk bakal2 patient cilik tu nnt. hee...seronok bila bayangkan=). semoga jadi kenyataan fatin!