halwa telinga

Tuesday, August 23, 2011

ambo kelik dulu


assalamualaikum wbt..

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

hari ni, secara rasminya kami telah menamatkan tahun 4. semasa berjalan keluar dari perkarangan hospital Syatbi tadi, sempat berbual-bual sekejap.

"macam2 jadi tahun ni," kata seorang sahabat.

ya. macam2 dah berlaku tahun ni.

yang terlekat dalam kepala :

kisah arwah Iman. walaupun kami tak serapat seperti yang lain, tapi kehilangannya turut dirasai, terutamanya bila melihat sahabat baiknya Amirah, yang biasanya 'di mana ada Amirah, di situ ada Iman'. masih teringat-ingat perbualan terakhir kami di library 5 hari sebelum tu. "kak syimah tak sihat ke?"

tahun ni ditakdirkan sekumpulan dengan pelajar arab. macam2 juga kisahnya. kadang2, rasa nak tergelak. cepatnya saya melenting kalau dengan depa ni. tapi, akhir sekali betul2 jumpa hikmahnya...'aku perlu lebih sabar'. tak nak dah jadi macam satu hari tu, menangis sebab sangat marah. hoho!

bila study leave untuk exam semester pertama bermula, riot pun nak mula juga. hai laa...ini cerita best. tiba2 kami boleh tercongok kat malaysia. ayah dan Ma pun terkejut bila saya cakap kami kena balik. sebulan juga cutinya..hehe.

bila datang sini, terus exam. exam yang tertangguh. duk malaysia, bukannya nak pulun walaupun cuti sebulan. jawabnya, exam agak haru. tapi, Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk lulus.

seterusnya, semester kedua bermula dengan pecutan pantas. tup tup...dah final exam. dan sekarang dah berakhir kelas elektif. maka, officially, tamat tahun 4. Alhamdulillah!

dan esok, insyaAllah....akan berangkat pulang ke Malaysia. Oman Air, 4.25 petang, Cairo Airport. doakan kami selamat sampai ke rumah masing2. kali ni saya tak naik penerbangan domestik untuk pulang ke kelantan. bakal balik kampung bersama abe se, kak zarith dan uwais. ok, kali ni betul2 'o.. o.. balik kampung'. biasanya saya yang tunggu orang di rumah.

akhir kalam, sebelum berangkat pulang dan sebagai post terakhir dari bumi Iskandariah, saya memohon maaf andai tersilap kata, terkasar bahasa, terbuat salah, terbuat hati2 anda terguris dan segala macam kesalahan lagi. sungguh, banyak khilafnya pada diri ini.

kalau ada hutang yang belum saya jelaskan, tolong bagitau ye.

minta maaf sekali lagi.

"ambo kelik dulu deh"

5 comments:

nhanunmr said...

bestnyeee blh jumpe naufal and the gang! :(
happy holiday~nnt tgh2 jdi musafir tu,tlg doa byk2 moga berjumpa lailatulqadr dengan amal SEBAIKNYA. time kasih :)



Ps : igt org duk egypt ni deh..huhu

has said...

wah comel kartun tu-
selamat kelik kak syimah!
:)
nak copy karton..=)
*
tadi kat fatallah naseb bek dop nanges je pas kt say "bye,selamat hari raya maaf zahir & batin" terasa sgt sayu lah
- it's hard to say good bye,sbb bimbang tak ketemu lagi.. wallahua'alam.
moga jumpa next sem dengan semangat baru,yeay!
inshaAllah =)

taqabbalallah minna wa minkum.
maaf zahir dan batin

tuan rumah said...

hanun > mokteh! bakal rindu mokteh ni. insyaAllah sama2 doakan kite bleh jmpa lailatulqadar. sy ni,tahajud atas flight..ke?

for sure, akan ingt sokmo ko ore egypt. mokteh,kaklong,mummy snowfy, n the geng!

hasmah > sila2 klau nk copy kartun. hee. td try utk snyum seceria mgkn. dlm hati Allah je yg tahu. risau akn jmpa lg x kwn2 kt sini. ntah. mcm2 duk fikir skrg ni. anything could be happened. insyaAllah,panjang umur kita jumpa lg next sem nnt. =). have a safe journey.<3. uhibbuki fillah ^^

Syafa Mohamed said...

selamat pulang dan kembali akak...eh,akak asal kelanan yer??macam boleh jer jumpa...^^

tuan rumah said...

syafa > akak ni mmg org klantan pure. err...knp? asal kelantan jgk ke? :)