Alhamdulillah. syukur dipanjatkan kepada Allah swt kerana dengan izinNya, sekarang saya telah selamat bertemu keluarga tercinta. walaupun perjalanan yang amat jauh, Alhamdulillah Allah permudahkan. insyaAllah, 30 hb 9 nanti bakal berangkat semula ke sana. ~sekejapnyaa...~
pulang ke rumah berjumpa keluarga umpama recharging battery semangat untuk ke tahun 5. sudah 4 tahun, tapi terasa baaanyak sangat tak tahu.
semasa transit di airport Muscat hari tu, terjumpa seorang pak cik yang sedang lemah, berpeluh-peluh. si isteri sedang mengelap peluh suami yang dah tak larat tu. kemudian seorang pak cik di belakangnya menegur, 'ok ke?'.
kami yang pada asalnya merasakan pak cik cuma penat biasa (sebab kami duduk di kerusi belakang pak cik, jadi tak nampak muka)..tiba2 terasa 'ok,pak cik sedang sakit betul2'. tapi, tak tahu apa nak buat. semua diam di belakang. bila pak guard datang membawa bersama seorang doktor, si isteri cakap, suaminya mengalami sakit dada. susah nak bernafas. kemudian, doktor tekan2 dada banyak kali. dan bawa pak cik tu masuk ke sebuah bilik berhampiran untuk baringkan pak cik tu. masa tu la baru kami tengok isteri pak cik tu baru gelabah. sebelum ni dia tenang je.
semua scene untuk menyelamatkan pak cik tu hanya menjadi tontonan kami. tak tahu nak buat apa. dah tahun 4! hal kecil macam tu pun tak boleh nak uruskan. T.T. bersalah sangat dengan pak cik tu.
hai bakal-bakal doktor sekalian....skill belum mantap.
bila balik rumah, nak cuba ukur tekanan darah ma dan ayah pun tak menjadi. stetoskop tak fungsi betul2. failed. failed. failed! ~apa dah jadi syimaaah~ 2 tahun lagi berbaki. skill mesti kasi mantap tau! huhu..!
one mistake. one life.
ingat tu.
betul2 risau dengan skills.huuu~
***
baru 2 hari tiba di tanah air, macam2 berita yang didengar. berita yang saya sendiri rasa tak percaya perkara macam tu boleh terjadi di sini. tambah lagi, semuanya seolah berlaku di sekeliling saya.
mungkin berita mengenai pelajar sekolah agama yang melahirkan bayi di dalam tandas sekolah sudah diketahui ramai. emm..rasanya, memang diketahui ramai. masuk berita segala. saya pun baru je tahu. link. kisah di sebaliknya saya pun tak berapa pasti. terlalu banyak cerita yang disebar luaskan masyarakat setempat. wallahu a'alam apa yang terjadi. saya tak berani untuk judge adik tu.
tapi, selaku saya pun bersekolah agama, terasa impaknya. pandangan masyarakat mungkin sedikit sebanyak sudah berubah. bukan lagi seperti dulu.
antara ayat-ayat yang pernah ditanya kepada saya oleh insan di sekeliling :
"syimah, ada sorang ni. pakai skirt pendek atas lutut, rupanya sekolah ................."
"dia sekolah agama ke?" sambil pandang atas bawah.
mungkin dalam batch saya tak ramai yang datang dari sekolah agama, maka perihal pelajar- sekolah-agama-yang-tak-macam-sekolah-agama ni diberitahu kepada saya.
dalam hati, hanya Allah yang tahu.
tapi, jawapan saya..'entah la. biasa lah tu. dalam ramai2 mesti ada satu'
satu tandan pisang, ada satu yang rosak.
ke....apa jawapan yang patut saya bagi? kadang2, ada juga yang dikomen tu dari Maahad sendiri. ada juga dari sekolah lain. bagi saya, jawapan saya perlulah tidak memihak ke mana2 sekolah. kalau ingin membela pelajar Maahad, saya sendiri tahu macam mana pelajar Maahad. betul, dalam setandang pisang, pasti ada yang tak elok satu.
Masalah sosial, berpakaian, dan sbgnya yang terjadi dalam kalangan pelajar sekolah agama lebih hebat dibicarakan berbanding masalah yang sama di dalam masyarakat umum. sebab nya, sekali pelajar/bekas pelajar sekolah agama buat masalah, semua orang akan nampak. dan cerita itu lah yang akan dijaja ke merata-rata tempat.
saya tak akan membela mana-mana sekolah. cuma sekadar ingin mengutarakan pandangan selaku seorang bekas pelajar sekolah agama untuk mereka yang masih digelar sebagai pelajar atau bekas pelajar mana2 sekolah agama.
pelajar sekolah agama ni saya lihat seolah satu ikon untuk yang lain. atau lebih tepat, orang pandang sebagai qudwah. sebagai contoh tauladan. kalau kita yang orang katakan lebih faham mengenai agama lakukan perkara yang menburukkan agama Islam itu sendiri, maka siapa lagi yang akan masyarakat di luar sana akan ikut?
menyebarkan Islam tak semestinya lantang berceramah atau aktif menulis di dalam blog, tapi secara tidak langsung sikap kita yang dijadikan contoh tauladan mereka yang inginkan Islam.
jangan terkejut bila nanti kita akan terima ayat seperti
"dia sekolah agama,kan? boleh couple tu"
"alaaah, u pun bukannya tak chatting dengan lelaki"
"dia pun macam tu, aku ni lagi laa..."
walaupun pada hakikatnya semua tu sudah sah2 salah, haram,... tapi, disebabkan pelajar sekolah agama pun buat, orang akan rasa ''tak pe".
entry ni tak berkaitan dengan berita di atas, cuma bila saya dengar dan baca mengenai kisah tu, saya rasa sedih. apa la yang orang akan fikir pasal pelajar sekolah agama selepas ni. seolah imej agama Islam itu sendiri sedang tercalar.
ok, cuba kita buka skop secara lebih luas. entry ini terbuka kepada semua yang merasakan dirinya da'ie agama Allah swt. samada yang membaca ini ustaz/ustazah, pelajar/bekas pelajar sekolah agama atau sedang menuntut di kuliah agama....tak kisah la.
satu yang perlu kita sedar, setiap orang Islam sedang bawa imej Islam. kita adalah khalifatullah. yang akan memakmurkan agama Allah swt di muka bumi. kalau lah sikap kita sendiri ada yang tak betul, macam mana yang nak diseru/yang nak dibawa kepada Islam nak terima Islam? seolah sikap buruk tu menjadi hijab kepada sampainya dakwah itu kepada sahabat2 kita.
saya pun tak pandai nak bagi nasihat. saya sendiri belum sempurna. tapi, tak kan nak tunggu sempurna tip top akhlak baru saya boleh berpesan-pesan.
kalau kita tak mampu nak menyumbang kepada Islam, jangan pula kita yang menyebabkan kejatuhan Islam. ~ fikir-fikirkan =).
akhir sekali, saya memohon maaf andai ada yang terasa. walaupun saya tak tahu siapa yang akan baca entry ni, tapi saya minta maaf juga. entry ni cuba ditulis dengan hati-hati supaya tidak mengguris hati sesiapa. entah la, kadang2 ada orang yang semangat ke-sekolahannya lebih.
*hantar anak2 ke sekolah agama tak semestinya menghasilkan manusia serba sempurna kerana hidayah itu tetap milik ALLAH SWT. kita manusia sekadar berusaha untuk cuba memberi kefahaman mengenai Islam secara lebih kepada mereka. outcome nya serahkan sahaja kepada Allah swt.
usaha. doa. tawakkal. sabar. redha.
wallahu a'alam. minta maaf sekali lagi. entry ni cuma satu pandangan.
semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt. =)
ramadhan kareem.
No comments:
Post a Comment