halwa telinga

Saturday, April 30, 2011

berikanlah yang baru untukku



assalamualaikum wbt..




pesan Imam Ghazali:
“Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”



Wednesday, April 27, 2011

penyakit hati


assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, hari ni kelas macam biasa. tp, entah kenapa semangat sedikit menurun minggu ni. rasanya dah study, tp time prof tanya dalam kelas mesti tak boleh jawab. agak depress kalau setiap soalan hanya mampu kelip-kelip mata depan doktor. dah la duduk paling depan. direct eye contact la dengan doktor. fakhriah, ni brain constipation ke? huhu!


hari ni doktor baru. rindu pula dengan Prof.Dr. Medhat Anwar...doktor super senior ni lagi hebat. banyak tips yang kita dapat. tapi doktor yang ni pun hebat jugak. blh kata semua doktor kat sini hebat. contohnya doktor Mohamed Gamal td, tengah syok ajar dalam kelas...orang panggil pegi buat operation vesicular mole. terus dia berhenti mengajar dan ajak kami pergi tengok dia buat keje. hebat lah doktor!


doktor baru hari ni Dr. Tarek Karkour. walaupun satu perkataan yang keluar dari mulut dia tu buat hati tersentap sedikit...lama kelamaan perkataan tu dah macam lalat terbang je. tak ada kesan. Dysfunctional Uterine Bleeding. itu tajuk hari ni.


sampai satu point yang dia kaitkan dengan liver disease. tiba2 dia ungkitkan mengenai bekas presiden mereka;pak cik husni. Dr. Tarek mengulas sedikit mengenai satu kalam Allah yang lebih kurang maksudnya, ..manusia kalau dah dapat kedudukan,pangkat, dia tidak akan lepaskannya. semuanya sebab hati yang tak elok. hati tamak.

kalau dengar cerita Doktor tadi, rasa kesian dengan rakyat Mesir. 30 years under stressful life. makan makanan yang sebenarnya makanan tu yang buat penyakit. tp, nak buat macam mana? dah duit takde, hidup susah..persekitaran yang kotor....macam2. patut lah saya pernah dengar yang Mesir ni 'lubuk penyakit'. penyakit apa yang awak nak belajar? semua ada kat sini... dan tadi, saya melihat Dr.Tarek sebak seketika.


baru saya tahu yang sebahagian daripada Sudan (taktau bahagian mana) sekarang adalah asalnya Mesir. tapi dijual kepada Sudan. semua tekejarkan h
arta. alahai pemimpin. korupsi itu jadi budaya sudah dalam dunia kamu?


kita pun tak terlepas dari penyakit hati. tambah2 bila ditaklifkan sebagai pemimpin. kadang2, riya',ujub, malas, tidak ikhlas mudah merajai diri. klik sini.


sebenarnya setiap kita adalah pemimpin. paling dekat adalah pemimpin untuk diri sendiri.


baru terfikir, sebenarnya bila dah masuk klinikal ni...apa yang do
ktor ajar tu ada yang kami dah belajar masa pre-clinical. tp, kenapa tak boleh jawab ye hasyimah bila prof tanya? dah lupa?


mungkin sebab kurang ikhlas. walaupun hati selalu mengingatkan, 'belajar kerana Allah. belajar kerana Allah'..tp, mungkin ada suatu masa niat itu tersasar. wallhu a'alam.


teringat abang saya pernah pesan dulu masa saya dapat keputusan UPSR. masa tu tak dapat 5 A pun. mesti la sedih. tapi, satu yang abang saya tegur..'mungkin sebab kurang doa'. jadi, saya tak boleh salahkan sesiapa. semua tu sebenarnya salah saya juga. mungkin kurang doa.


bila pusing belakang tengok kisah dulu, baru dapat faham situasi sekarang. saya kurang berjaya mungkin sebab saya kurang 'dekat' denganNya.


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Rasulullah saw. bersabda:

"Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingatKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatinya di dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”
[Ditakhrij oleh At-Tarmizi]



boleh cek balik mutabaah amal la kot. banyak dah kosong nampaknya. no wonder la...~


~refleksi diri saya sendiri juga~

Sunday, April 24, 2011

sc - TQawak! - baby baru is coming

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah, semalam berjaya juga saya adakan SC bersama adik2 saya. setakat selepas evakuasi hari tu, nampaknya semalam lah Allah takdirkan untuk kami berkumpul sekali lagi.


pembentangan hadis oleh Qistina mengenai 'jangan marah' .. mengingatkan diri saya mengenai diri ini sendiri yang senang marah.

"oopss...syimah garang ke?"

respon adik2 sc saya lebih kurang begitulah. bila saya tanya "percaya tak akak ni garang?"..

semua senyum saja. tak percaya ye?


anak ke-3 selalu dikaitkan dengan unsur api. jadi, api kan panas..dan memang sinonim utk anak ke-3 ni pemarah. tapi, rasanya tak perlulah percaya bab2 unsur ni...entah betul ke tidak fakta ni kita tak tau.


tapi, rasanya ibubapa saya tahu siapa saya. mudah marah. dan rasanya mereka tahu apa saya akan buat kalau saya marah. kalau diingatkan zaman sekolah menengah dulu, selalu saja badmood. balik sekolah, kalau ada je benda yang tak puas hati...macam2 akan jadi. tambah2 kalau penat balik dari kelas tambahan pada pukul 7 malam, pastu bas pula takde,
ya Allah....Allah saja yang tahu. masa basuh baju tu, jangan la sapa2 tegur. gayanya nanti, semua orang akan kena. (setiap hari balik saja sekolah saya akan basuh baju...jimat)


sangat tak suka rasa marah.


dan setibanya saya di bumi anbiya' ni, banyak sangat saya belajar. dan sebelum saya tiba pun, saya bertekad....saya tak nak marah. betul2 nak buang perasaan marah tu. sabar itu pemadam perasaan marah saya. sabar. sabar. dan sabar. sekali sekala ada juga yang jadi mangsa. tp, mungkin depa tak sedar saya sedang curah rasa marah tu. minta maaf bg yang terkena tu...



ujian marah ni bila2 masa saja akan datang. Rasulullah SAW pesan 'jangan marah,jangan marah.jangan marah' bukanlah untuk membuang terus perasaan marah tu. sebab ada masanya kita perlu marah. benci. pada sesuatu yang dipanggil kemurkaan Allah. tp Rasulullah nak suruh kita ni handle perasaan marah tu dengan betul berwudhu', tukar posisi semasa...dsb.



selesai sesi pengisian, saya cuba tnya apa isu di Alex sekarang ni?

"alex...isu ape je. isu kawen,kawen,kawen.."

see...adik2 tahun 2 ni pun dah terkena tempias senior2 yang sudah mengambil langkah membina rumah tangga. semoga yang dibina itu baitulmuslim. rumah Islam. hidup dengan cara hidup Islam.


saya pula rasa pelik, hairan bila rakan2 4th year (ikhwah dan akhawat) sudah mula berbicara soal perkahwinan. aii...dah besar ye kamu semua. harapnya, apa yang keluar dimulut kalian seiring dengan perubahan dari segi rohaninya. baru boleh kata 'layak'. paling tidak, si lelaki boleh jadi imam solat, ajar anak isteri baca Al-quran.

itulah kisah kami dalam bulatan bijak semalam.



*

berita dari sahabat saya semalam cukup meringankan dan membebaskan saya.

lega.lega. lega. hanya sahabat saya yang sorang ni saja tahu apa dia. kan?

tq...! =). tak pelik kan benda ni jadi kalau awak relate dengan cerita saya?

bila kita terasa diri kita sudah jadi fitnah dunia, resah di hati hanya Allah yang tahu.

akhirnya, alhamdulillah. =). terima kasih sekali lagi!


*


due date kakak saya semakin hampir. tak sabar tunggu baby baru melihat dunia. semoga Allah permudahkan semuanya ya. saya dah dapat offer balik kelantan sama2 dengan depa tuk cuti raya nanti=) .. harapnya, keputusan peperiksaan tidak mengecewakan. amiin.

taktau kenapa tahun ni rindu overdose kat rumah....T.T


Wednesday, April 20, 2011

kenapa?

assalamualaikum wbt...

kenapa manusia suka persoalkan apabila sesuatu terjadi?

kenapa manusia suka merungut?

kenapa manusia mementingkan pandangan manusia?

kenapa bila datang kesenangan manusia lupa?

kenapa bila manusia susah, dia salahkan Tuhannya?


kadang2 manusia lupa apa itu syukur

...erti syukur itu perlu dihayati. bukan sekadar lafaz 'alhamdulillah' tanpa hati jua mengatakan 'sesungguhnya itu dari Allah'. tak kira dalam kesenangan atau kesusahan, hanya Allah di hati.


untuk berubah ke arah lebih baik, pandangan manusia itu tak penting. kerana di akhirat nanti manusia itu tidak dapat membantunya untuk meniti titian sirat sedikit pun!

setiap gerak geri diperhatikan. bukan stalker ye...tp Allah sedang memandangmu. walau sekecil zarah sekalipun, semuanya dalam perhitunganNya.


membaca doa iftitah di dalam solat, amalan sunat yang nampak kecil tp kesannya kalau dihayati sgt besar.

~sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah pencipta sekalian alam~


sekadar peringatan utk saya sendiri.

wallahu a'alam.

semoga sentiasa dalam rahmat Allah.





Monday, April 18, 2011

jangan jadikan kami fitnah!


assalamualaikum wbt...



"dijadikan terasa indah pada pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan berupa perempuan-perempuan, anak-anak....(hingga ke akhir ayat)" Ali 'Imraan ayat 14.


"tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita." (HR Bukhari dan Muslim)


alhamdulillah masih diberi peluang untuk mencoret sesuatu di 'rumah' saya ini , tujuan utamanya adalah sebagai pesanan kepada diri saya sendiri terutamanya dan juga sahabat2 saya yang saya sayang. insyaAllah.


perhatikan ayat 14 surah Ali 'Imraan di atas, Allah menyenaraikan wanita sebagai yang pertama menjadi kecintaan kepada manusia. manakala di dalam hadis Rasulullah SAW itu pula, menyatakan wanita adalah fitnah terbesar di dunia.


wah, hebat sangatkah wanita/perempuan ni?


ada satu kisah, saya betul2 lupa kisah ni berlaku semasa kejatuhan kerajaan apa. kalau sahabat2 tahu dan ingat, mungkin boleh tambah.

kisahnya, pasukan musuh ingin menyerang sebuah kerajaan ISlam ni. pihak musuh menghantar pegintip utk mengetahui kekuatan atau keadaan sebenar kerajaan ni. kali pertama pergi, si pengintip melihat pemuda2 dalam kerajaan itu sibuk berbahas tentang hadis. kali kedua pegi, sama juga. keadaan ini mengundang kebimbangan pihak musuh. bagi mereka, kerajaan ini masih kuat. tapi bila si pengintip pergi sekali lagi, dia melihat seorang pemuda sedang menangis. lalu, dia pergi menegur pemuda tersebut.

"kenapa kamu menangis wahai pemuda?''

rupa2 nya, pemuda tadi tu sudah putus cinta.


lalu, pihak musuh berkeputusan...inilah masanya untuk kita serang. maka, kerajaan itu jatuh akhirnya.

lihat, hanya kerana seorang wanita, seorang pemuda lemah. dan disebabkan itu juga satu kerajaan Islam jatuh!

wahai syabab! semuanya kerana cinta?


itu kisah pertama.


ada satu lagi kisah mengenai seorang pemuda yang tinggal di dalam sebuah pondok buruk di dalam hutan (kalau tak silap la). lepas tu, dia didatangi seorang perempuan yang telah sesat. si pemuda mempelawa perempuan tadi untuk bermalam di pondoknya. sepanjang malam dia berjaga. bila lelaki dan perempuan itu berdua, ada yang ketiga iaitu syaitan. oleh kerana takut andai dia tewas pada godaan syaitan, si pemuda tadi meletakkan tangannya di atas api. semata-mata ingin mengingatkan dirinya bahawa api neraka itu jauh lebih panas dan menyakitkan daripada api yang sedang membakar tangannya.


satu lagi cubaan yang dibawa oleh seorang hamba Allah bernama wanita.


untuk menutup pintu2 fitnah, Allah syariatkan penutupan aurat. tapi, bukan itu saja...malah dari segi muamalat atau pergaulan juga Allah suruh jaga.

soalan pertama : kalau dah tutup aurat betul2, tapi masih menarik perhatian lelaki untuk memandangnya...berdosakah kita?

jawapan : kita sudah melaksanakan yang wajib,iaitu menutup aurat. dan sebab itulah Allah sebut dalam surah An-Nuur :

"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 30]

"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 31]

tundukkan pandangan!


dan andaikata mata itu masih memandang perempuan @ lelaki yang sudah menutup aurat dengan betul, pemilik mata itu lah yang berdosa.

err...perempuan jangan sengaja lalu lalang depan lelaki pula. pandai2 lah menutup pintu fitnah. suka untuk saya kongsikan satu link mengenai niqob di sini.



soalan kedua : menjaga pergaulan. jadi, tak boleh la berkawan dengan lelaki?

jawapan : pergaulan antara lelaki dan perempuan pada asalnya adalah haram. tetapi dibenarkan dalam urusan2 yang tertentu. selama ni, saya cuma dapat jawapan untuk ta'rif 'urusan' adalah belajar, rawatan, dan jual beli. pernah juga terfikir, macam la ini saja urusan antara kita dan laki2. akhirnya jawapan yang paling tepat dan padat yang saya dengar dari Ustazah Fatimah Syarha, "urusan tu kalau kita dibentangkan di hadapan Allah taala, kita mampu jawab"

kalau rasa tak mampu, maka itu bukan urusan.

adik kesayangan saya ada mengulasnya di sini.

maka kita cek balik urusan kita sehari-hari. masa belajar, kerja, dan urusan program. hatta pengguna musyrif pun, batas2 pergaulan kita kena jaga. memang lah kita minta jasa baik si musyrif, tp itu tak bermaksud kita dibenarkan untuk bermanis mulut.

syadid?


saya akui amat susah untuk menjaga pergaulan. sangat susah. tambah2 lagi dalam konteks dunia sekarang di mana perempuan dan lelaki sama2 keluar mencari ilmu dan mencari rezeki. saya pun masih mencuba untuk realisasikannya.

Allah menguji pada titik paling lemah kita. sampai ujian itu lulus, baru Allah lepaskan kita ke peringkat yang lain dengan ujian yang lain. maka ujian itu adalah satu didikan sebenarnya. untuk menaiktaraf kita di sisiNya. hamba soleh,solehah. mukmin, mukminah. hamba yang disayangi oleh Nya.

wallahu a'alam.



****

saya cuma nak tahu, apa tanda kita sudah menjadi fitnah? macam mana kita tahu yang kita ni rupa2nya sudah menjadi fitnah di dunia ni?

apa lagi cara nak mengelak diri daripada menjadi fitnah?



sapa2 yang baca entry ni harap boleh bagi pencerahan.

terima kasih.




~minta maaf kalau silap kata. betulkan saya andai saya salah. semoga sentiasa dalam rahmat Allah.



Sunday, April 17, 2011


" you didn't study obstetric , right? that's why you're not interactive with me.."

"please study well. every lecture. if you don't, it will accumulate"...(sambil wat bukit2)

"tomorrow, i'll ask you about anatomy of female genitalia. if you can't answer...what will be the punishment? running around this hospital ? haha.." gelak pulak dia.


semua hanya senyum. tak terkata.


sila rajin semua.

jom fokus!



Friday, April 15, 2011

hari mereka



assalamualaikum wbt..

alhamdulillah wa syukrun lillah....hari ni selesai dua majlis besar bagi kami di Iskandariah iaitu majlis transisi kepimpinan PERUBATAN cawangan Iskandariah dan juga majlis sambutan raja sehari bagi meraikan beberapa senior, junior dan rakan se-batch kami (mardhatinajwa) yang baru saja membina sebuah masjid yang insyaAllah, akan sentiasa di dalam redha Allah.


al-kisah transisi...

alhamdulillah berjalan lancar wlwpun kehadiran ahli agak kurang. mungkin ada kekangan masing2 untuk hadir bersama pada hari ini, maklumlah hari ni hari jumaat, satu2 nya hari cuti yang kami ada. maka kebiasaannya masing2 penuh dengan aktiviti peribadi. harapnya, manfaat aktiviti kalian itu berbaloi dgn ketidakhadiran ke majlis meraikan pemimpin kita ni. harapnya lah...


amat tertarik dgn sesi muhasabah tatkala barisa
n mantan MT PCI menekankan perihal 'memberi'. ya, memberi itu sangat indah. memberi itu nikmat. saya pernah menulis mengenai 'memberi' di dalam satu entry sebelum ini.



yuk study gambar di atas. key point :

- ada 4 kotak di atas. ~ kelahiran,kematian, syurga, neraka.

- garisan yang menghubungkan kelahiran dan kematian adalah lebih pendek berbanding garisan antara kematian dan syurga@neraka.

yang bulat2 itu adalah hamba Allah yang berada di luar garisan yang menghubungkan kelahiran dan kematian.

ok, kenapa saya lukiskan garisan 'kelahiran-kematian' lebih pendek? sebab, hakikatnya hidup kita memang pendek. cuma persinggahan. cuma pentas persembahan. apa nasib selepas persembahan? kena boo atau dapat anugerah? semuanya bergantung kepada 'persembahan' kita di pentas itu. baik persembahannya, maka hamba itu berhak utk mendapat anugerah.


pentas itu adalah kehidupan dunia. persembahan pula ada
lah perlakuan hamba tersebut. amalannya, dosanya....hatta sekecil-kecil perkara pun, Allah perhatikan. markah dicatit. jadi, apa lagi yang nak di dalihkan di hadapanNya nanti?


saya lukiskan bulatan2 di luar garisan 'kelahiran-kematian' yang mewakili hamba2 Allah yang terkeluar dari garisan tu. tugas kita ialah hulurkan tangan untuk bantu mereka naik dan berjalan sekali lagi di atas garisan yang sama, BERSAMA-SAMA. mereka di kir
i dan kanan kita. jadi, khalifah Allah sekalian perlu cekap. andai kata kurang cekap, hari demi hari..semakin lama, 'bulatan2' itu akan makin bergolek menjauhi garisan panduan tu.


haa...lagi satu, arah perjalan untuk ke syurga atau neraka itu amat berbeza.

Firman Allah:

"Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia." [Hud : 105]

Firman Allah lagi :
"Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka." [Asy-Syura : 7]


tapi, semuanya terletak pada diri kita. Allah kurniakan akal untuk berfikir. kalau tak pakai akal tu, manusia ni ibarat haiwan, bahkan lebih sesat lagi.


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan
mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.



sebenarnya, saya dah rasa ayat saya semakin keling. dah belit2 da rasa ayat ni. ni la...khalifatullah kurang cekap dgn ilmunya. tatabahasa BM memang kureng sikit. ilmu lain apatah lagi....ma3lisy...=(


jadi, berseru sepertimana barisan MT menyeru kalian ahli2 PCI, cubalah hidup untuk memberi.
nak rasa betul ke tidak 'memberi' itu nikmat, cuba buat dan yang penting ikhlas mesti mau jaga naa...kerana biarlah kita memberi hanya keranaNya.


buat pemerintahan baru PCI, selamat menjalankan tugas dengan jayanya. sesungguhnya Allah sahaja lah yang tahu apa cabaran yang kalian lalui, apa yang ada di hati antum semua. hanya Allah saja yang tahu. semoga mendapat kekuatan daripadaNya, amiin.

dan tahniah juga kepada ahli proaktif especially aain dan oggy sebagai wakil tahun 4, semoga kalian tak jemu untuk memberi dan terus memberi lagi selepas ini.=)


***

selepas majlis transisi, majlis keraian raja sehari pula membuka tirainya. saya datang lambat. jadi, sempat dengar 2 soalan saja. tapi, kehadiran ahli untuk majlis keraian ni memang mengalahkan majlis transisi tadi. jauh lebih ramai. saya harap, tahun depan bila MTC datang, ramai2 lah ahli turun ya.


al-kisah keraian....


tertarik pada video yang ditayangkan. cinta selepas nikah, itu yang terindah. "akak dah rasa, jadi akak nak adik2 rasa jugak.." kata Ustazah Fatimah Syarha. video yang insyaAllah memikat hati2 insan yang Allah sedang buka hatinya. tapi, kalau Allah tak buka pintu hatinya....maka sedikit pun tidak terasa di hati hamba Allah itu, haramnya mereka ber'couple'.


semasa menaiki teksi dalam perjalanan pulang ke rumah tadi, ternampak sepasang kumbang dan bunga Malaysia berpimpin tangan. gaya pakaiannya seperti baru pulang dr majlis itu juga. si bunga masih berbaju kebaya.

adik, tolong dik. Allah ada...~ ya Allah, bukakan lah hati hamba-hambaMu yang leka...termasuk hatiku.






Thursday, April 14, 2011

dunia baru


assalamualaikum wbt...

alhamdulillah hari ni masuk hari ke-2 kami di OnG department. jabatan kegemaran? ahaa~ kalau ada rezeki, berhasrat untuk menyambung dalam bidang ni. tapi, kebanyakan doktor mengatakan unit ni 'berat'. susah. tapi, belajar apa2 pun susah,kan?


kami ditempatkan di dalam unit ni. fetal and maternal medicine. fetus and the mother. for me, both of them are really 'fragile'. silap handle, kandungan boleh gugur, cacat, atau komplikasinya berlaku pada si ibu. segalanya mesti teliti. besar sungguh dugaan disebalik anugerah yang tak ternilai itu.

aih..hilang kata-kata kalau bercerita mengenai ibu dan anak ni. ye lah, saya punya ibu, saya juga anak yang pernah meletakkan risiko pada ibu saya saat mengandungkan saya. terima kasih ma!

*

sungguh...dah taktaw nk smbg ape dlm entry ni...



Sunday, April 10, 2011

GU vs DU...Allah sayangkan hambaNya

assalamualaikum wbt..

insyaAllah nak tulis sikit je.

saya tengah baca tentang gastric ulcer dan duodenal ulcer. sesuatu menarik perhatian saya.

gastric ulcer are common in male than in female. begitu juga duodenal ulcer.

patients with gastric ulcer usually are fatty and short, and showing sedentary life.

while in duodenal ulcer, the patients are thin and tall. and most of them are highly intellectual persons like doctors,lawyers, or teachers..

selalunya, patient yg sakit gastric ulcer ni nak makan, ada selera TETAPI dia takut nak makan. sebab bila makan, sakit tu datang. then, because of this reason...they usually will loss their weight! jadi, yg tadi short and FATTY tadi dah hilang berat badan.

dan sebaliknya berlaku pada the tall and thin patient with duodenal ulcer tadi. selera ok, makan pun ok, dan mereka akan lebih banyak makan , because the food can relief their burning pain. so, berat badan normal atau ada possibility untuk bertambah.


kalau untuk jangka masa panjang, and if untreated, memang la kurus sangat tu boleh jadi bahaya and yang makin gemuk tu pun ada bahayanya juga. tapi, kalau kita fikirkan balik...kalau lah Allah letakkan simptom tu terbalik.

awal2 lagi,

-yang kurus tak boleh makan and akan kurus dan makin kurus. kering gamaknye nanti.

-while on the other hand with that fatty patient. selera ok, and makanan yang boleh hilangkan sakitnya, haish...bahaya dia nanti. obese pulak tetiba. tambah lagi satu penyakit lain.


at least dgn symptom yg Allah letakkan ni doktor ada masa untuk rawat, betulkan mana yang tak betul. tak lah terus menghadapi yang dah kurus kering, and obese...

subhanallah....Allah itu Maha Adil, kan? Allah sayangkan makhlukNya. kita pun kena sayangkan Allah...Allahu Allah..


semua ni berdasarkan pemikiran logik saya saja. kalau salah atau nak tambah, ahlan2..~

dah...selamat baca buku,ok?

all the best. semoga semua yang terbaik dariNya.


**sebenarnya ni sepatutnya jadi entry hari ahad baru ni,kalau tak silap. dah post, tp ada something yang kena edit. then pegi tekan 'save draft'...walaupun semuanya hanya di hujung jari, malas dah eh nak buka balik. maka jadilah ia post hari ni. exam pun dah habis.

alhamdulillah, wlwpun esok dah mula kelas di department O n G , hari ni kena qada'kan segala benda yang tertangguh dari hari sampai Alex hari tu.

oggy, saya dah post balik. :D


semangat2!



Saturday, April 9, 2011

ianya satu formula



assalamualaikum wbt..

alhamdulillah hari ni selesai juga exam internal medicine. peringatan sebaik saja selesai satu paper, adalah 'bertawakkal'

usaha-doa-tawakkal.

dalam apa-apa urusan sekali pun, inilah formula yang kita guna pakai. kalau nak lindungi duit, kita simpan duit di dalam bank. kita berusaha untuk itu. apa kisah selepas ini, tawakkal saja kepada Allah. tak mustahil bank itu akan dirompak. tetapi, kalau duit tu ada bersama kita, samada simpan bawah bantal ke, dalam tabung, possibility untuk hilang adalah lebih tinggi. paling tidak, tercicir.


aplikasikan formula ini pada sudut penjagaan maruah seorang perempuan/wanita.


Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)


ramai orang mempersoalkan mengenai penutupan aurat. pakai macam ni boleh, macam tu tak boleh...cuba kita tengok balik apa yg dimaksudkan dengan 'AURAT' sebenarnya?

kalau ikut pemahaman ramai di kalangan kita hari ini, aurat tu anggota badan perempuan yang tidak boleh dilihat oleh lelaki dan begitulah sebaliknya. tapi, asal usul 'aurat' sebenarnya adalah 'keaiban'. maka apa yg mengaibkan? boleh fikir sendiri,kan?


jadi, macam mana nak tutup aurat betul2?

dah ramai tahu. kat sekolah kan dah belajar semua tu. kalau kita tengok anak-anak kecil yang baru belajar mengenai agama,

"kakak, rambut dah terkeluar tu. tak sah solat kita kalau nampak rambut,"
"oh, kakak tak tau la mama.."
"takpe, tak tahu dimaafkan..."

itulah kata mak2 kita dulu. atau juga pesanan dari sesiapa saja. saya banyak dengar, "takpe, tak tahu dimaafkan.."

jadi, kalau dah tahu, apa alasan kita? tiada alasan lagi,kan?

menutup aurat ni tak semestinya kena pakai jubah, baju kurung, tudung labuh...tapi, asalkan ianya memenuhi tuntutan ISLAM. boleh baca di sini. kita kan mahukan redha Allah dalam setiap yang kita lakukan...jadi, kita ikutlah apa yang Allah suruh, dan tinggalkan apa yang dilarang.

jangan langgar larangan Allah kalau kita tak yakin kita ni mampu atau tidak untuk hadapi seksaan kubur, panasnya api neraka, dan menjawab soalan2 daripada Allah saat 'video' kita ditayangkan nanti.


kita berusaha untuk menjaga maruah kita. tapi tak mustahil wanita yang menutup litup menjadi mangsa rakus si manusia bertopengkan syaitan. jadi? itu gunanya DOA agar Allah memelihara kita dari marabahaya. seterusnya, kita bertawakkal kepadaNya. Dia Maha Berkuasa. percaya denganNYa.




sengaja saya bangkitkan soal aurat kerana saya perasan ramai manusia sudah semakin meringan-ringankan perihal aurat. 'busana muslimah tetapi elegan', 'busana muslimah tetapi bergaya'...dan paling tak tahan bila saya dengar seorang pereka fesyen ni cakap, "kita buat design yang bergaya,moden dan menutup aurat" sedangkan masa tu ditayangkan rekaan beliau yang tabarruj berlebihan,dan juga ketat! ... haih...apakah aurat pada pandangan saudari sebenarnya?


peringatan sebelum terlupa, aurat lelaki jangan lupa. dari pusat hingga ke lutut. nampak senang, tapi berapa ramai pegi main bola pakai seluar pendek? tolong pesan kat ahli keluarga kita ya.


dapat ilmu, kita sebarkan. jadi, saya sampaikan di sini. semoga sahabat2 saya juga boleh panjangkan lagi ke insan seterusnya. insyaAllah.


oh, ape cerita exam td? Alhamdulillah...penat menggoreng tadi. alih2 balik rumah lapar. hehe....tawakkal saja pada Allah. tapi, saya ada terfikir sudah cukupkah usaha saya untuk saya bertawakkal? wallahu a'alam.


perasan tak perkataan 'hyporthyroidism' tu? soalan nak hyper ke hypo sebenarnya? saya kompius. jadi tanya doktor, "hypothyroidism, decrease in the thyroid function.."

"but, this is O R.."

doktor masih dengan jawapan yang sama. ayat berulang pulak tu. agaknya doktor tak perasan di situ OR bukan O sahaja atau ER. hoho! disebabkan saya ni tak yakin dengan doktor td, (doktor ni tolong jg exam saja bukan examiner) saya buat keputusan sendiri untuk jawapan hypERthyroidism. dah tunggu berapa lama untuk dengar any student to ask the same question, tp takde yang tanya. korang perasan tak OR tu?

saya dah cuba 'celikkan' mata banyak kali. tetap OR. siap try nak jadikan O tu jadi E dan nak buat2 tak nampak R di situ. tapi, hati masih kate 'hyperthyroidism' la syimah. ok, itu jawapan final saya. apa jadi selepas ni, semoga itu yang terbaik.

ni la, time Dr.Fathy yang baik hati tu dah pegi baru nampak ada something wrong kat soalan. lain kali ikut bila doktor kata "read your question carefully, then ask if you have any question"...padan muka mu!

ok, all the best for the next paper..SURGERY!

robbuna yusahhil semua =)

doakan kejayaan bersama.

semoga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah.

kalau saya salah, tolong betulkan.




Wednesday, April 6, 2011

jenayah mesir meningkat 200%

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah baru sj pulang dari exam situational OSCE. terasa nak cakap kat doktor "doctor, i feel like i have nothing in my mind. i'm sorry.."..~ serius rasa kosong kepala. apa lah yang saya merapu depan doktor tadi. tapi sangat bersyukur sebab dapat doktor yang baik hati. jadi, harapkan Allah lembutkan hati mereka untuk bagi markah elok2. amiin ya Rabb.

pagi2 lagi tengok berita pasal jenayah di Mesir meningkat sebanyak 200%. boleh tengok di sini. tak pernah saya tengok satu analisa sampai meningkat 200%. banyak sangat peningkatan di situ. maka dari segi keselamatan juga kena tingkatkan.


tak boleh keluar malam.
tak boleh jalan sorang2.
tak boleh naik teksi sorang.
everything must be in group.


senang tulis dan cakap. tapi susah nak buat.


akhawat Alex paham la kot.






Monday, April 4, 2011

keluarga bahagia


assalamualaikum WBT...

alhamdulillah, tadi baru saja selesai OSCE untuk subjek surgery.

walaupun ada yang saya jawab 'i don't know', dan saya asyik ulang ayat doktor tu balik, tapi saya sangat bersyukur sebab Allah dah banyak bagi kemudahan dalam menjawab OSCE kali ni.

kalau difikirkan semula, OSCE untuk internal medicine hari tu, OSCE surgery lebih 'ok' bagi saya. sebab OSCE internal medicine hari tu banyak yang te
rgagap dan ke'blurr' an nya saya masa tu sangat menyerlah. senyum je kat doktor. dalam hati? 'sorry doc, i don't know!' ... mungkin kerana itu adalah kali pertama exam bertemu pesakit. dan untuk surgery kali ni saya cuba menenangkan diri saya seboleh-bolehnya so that saya tak cepat menggelabah. bila gelabah, saya akan blank,blur, dan diam. paling tak suka situasi diam tanpa jawapan.


doktor-doktor daripada colorectal surgery tadi pun ok saja hari ni. banyak membantu. doctor yang jadi translator utk long case tadi juga saaaangat baik. saya tengah blank masa tu, then dia tolong bagi hint sebanyak mungkin. apa yang saya patut tanya lep
as ni, point ni tulis sini, bukan sini. then tak tahannya, bila die doubting, dia panggil doktor lain yang jadi translator juga untuk komfemkan balik. baik sungguh!! thnx a lot doctor!


long case : simple goiter.
doctor in charge : DR. Khalid Mabouli. ~yang ni saya asyik ulang soalan dia. padahal tengah take time nak fikir.

short case I : Inguinal hernia (tak tau direct or indirect sebab doktor suruh terangkan pasal internal ring test sahaja tanpa buat)
doctor in charge : Dr. Khalid Saeed.

short case II : palpate the axilla. (ini breast cancer patient, tp doktor suruh palpate axilla saja terus)
doctor in charge : Dr. Yasser Zakiy

dan akhirnya, siap sudah. alhamdulillah...

yang seterusnya, tawakkal lah kepada Allah.


***

bukan mengenai OSCE yang saya nak ketengahkan, tetapi ada perkara lain yang ingin dikongsikan.

keluarga bahagia.

Senyuman ibunda
Gelak tawa ayahandaSenda gurau
Pengubat duka
Kasih yang dicurah
Ikatan terbina
Wujudlah keluarga bahagia

itu salah satu rangkap lagu 'keluarga bahagia 2' dendangan kump
ulan Saujan.
walaupun lagu ni dah lama, tapi saya tetap suka dengar.


Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang b
ertaqwa”



ramai saja yang tahu mengenai doa ini kan? tapi, berapa ramai yang faham maksud di sebaliknya?

saya ada terbaca artikel dalam ruangan Saifulislam.com meng
enai kekeluargaan atau lebih tepat entrynya berkisar mengenai peranan seorang suami atau bapa sebenarnya iaitu sebagai imam kepada keluarganya.

yang menariknya di dalam entry tersebut adalah makna di sebalik doa itu.

~jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa~

ini adalah ayat terakhir dalam doa tu. imam bagi orang-orang yang bertaqwa. ketua kepada orang yang bertaqwa. maka semestinya dia juga yang bertaqwa. rupa2 nya disebalik doa itu, seorang 'abid itu memohon kepada Allah supaya jadikanlah dia hamba yang bertaqwa.

selama ni ramai yang hayati supaya dihadirkan pasangan dan zuriat yang menyejukkan mata saja sampai terlupa untuk hayati maksud ayat terakhir doa itu. walhal, ayat yang terakhir itu sangat besar maksudnya. sampaikan ada yang segan untuk baca doa ni sebab katanya doa untuk dapat jodoh. ''nanti orang ingat aku gatai nak kawen pulak.'' ...jangan segan jangan malu naa lepas ni. itu doa untuk kita jadi yang bertaqwa juga.

hamba yang bertaqwa adalah hamba yang takutkan Allah. kata ustaz Zahazan, takut di sini bukan bermaksud melarikan diri macam takut kepada hantu. tetapi takut di sini membawa
maksud kita perlu pelihara, awasi,jaga. (boleh klik di sini) .


sekiranya sebuah keluarga itu dipimpin oleh imam yang bertaqwa, maka dia bakal membentuk 'rakyat' yang bertaqwa. ini kerana dia faham apa yang Islam tuntut daripadanya dalam membentuk sebuah keluarga.

"Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah dirimu dan keluarga
mu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" ~ At-Tahriim ayat 6.

~Ya Allah ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami dan rahmatilah mereka berdua sepertimana mereka mendidikku semasa aku kecil..amiin ya Rabb~

bila post pasal keluarga ni, paham2 lah...tengah 'sakit rumah' la ni. maka disebabkan penyakit itu, terhasillah this pinky stuff. orang 'buta' pasal edit2 gambar ni mampu buat sekadar ini saje lah.

kami tak sempat ambik gamba bersama 2 orang ahli baru semasa hari raya aidilfitri yang lepas dek kerana musibah menimpa keluarga masa tu. semua jadi takde mood. takpe, musibah tanda Allah sayang~ insyaAllah seorang lagi akan bertambah bulan 5 nanti. tak sabar nak jumpa orang baru.
ok, all the best untuk situational OSCE nanti. robbuna Yusahhil!



kalau saya salah tolong betulkan.
apa erti sebuah persahabatan andai tiada sikap saling berpesan-pesan?

wallahu a'alam~








Friday, April 1, 2011

a reminder from Him

assalamualaikum wbt..

insyaAllah esok exam mcq surgery. kecuakan melanda sebenarnya. blogging kn blh release stress..( alasan2)..

hari ni jumaat 1 april 2011.

selepas selesai solat jumaat, tengok status kawan2 yg tinggal di kawasan Syatby. muzaharah atau perarakan demonstrasi sedang berlaku di sana. tp jgn risau...demo aman saja. tak sempat nak korek cerita panjang2..

then, masa nak solat asar, sarah tanya "syimah rasa gegar tak?"

tak rasa. gempa?

lepas solat, buka fb, tgk status dah penuh pasal gempa bumi. ok, betul la ada gegaran kejap td.

katanya kesan dari gempa bumi yang berlaku di Greece (seberang laut Alex ni saja).

tapi, tak kisah lah sekejap atau lama...itu peringatan daripada Nya.

hari ni jumaat. masih bukan kiamat. jadi, itu adalah peringatan!

~apabila langit digoncangkan dgn goncangan yg dahsyat, dan bumi tlh mengeluarkan beban2 berat yg dikandungnya, dan manusia brtanya 'apa yg trjadi pd bumi?'. Pada hr itu bumi menyampaikan beritanya, krn ssungguhnya TuhanMu tlh memerintahkan (yg demikian itu) pdnya~ az-zalzalah 1-5.


sesungguhnya itu adalah kehendak Allah. Allah jadikan gempa. Allah jadikan gegaran tu dirasai sampai sini. kalau Allah nak bagi pegi jauh lagi, boleh je. tapi di sini yang dipilih untuk merasainya wlw sekejap saja.

jadi, kita terpilih untuk mendapat peringat daripada Allah.

jangan leka manusia. tiba2 terfikir tadi...kalau masa gegar tadi aku tengah buat benda yang tak patut macam mana? Astagfirullah~

Dan Sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat kami), maka Kami siksa mereka sesuai dgn apa yang mereka kerjakan.

Maka apakah penduduk negeri itu merasa aman dari siksaan Kami yg datang pada malam hari ketika mereka sedang tidur?

atau apakah penduduk negeri itu merasa aman dari siksaan Kami yang datang pada pagi hari ketika mereka sedang bermain?

atau apakah mereka merasa aman dari siksaan Allah yang tidak terduga-duga? tidak ada yang merasa aman dari siksaan Allah selain orang2 yg rugi.

Al-A'raf 96-99

yuk2 celik mata. ye la masih tak ada apa2 yang teruk. cuma gegaran kecil. tapi itulah peringatan.


saya harap entry ini bermanfaat. untuk peringatan saya sebagai yang menulis ini juga.

ok, setakat ini saja. Robbuna yusahhil exam esok. first time jawab paper surgery. kheir insyaAllah.

~Allahu Akbar~